Duta Republik Azerbaijan kongsi pengalaman usaha kelestarian alam melalui ‘Green Initiatives Towards Climate Change Forum’ PUO

POLITEKNIK UNGKU OMAR
24 September 2024
Akademik

Ipoh, 23 September 2024 – H.E. Mr Irfan Davudov, Duta Besar Azerbaijan ke Malaysia telah berada di Politeknik Ungku Omar bagi berkongsi pengalaman dan ‘best practices’ berkaitan perkembangan usaha kelestarian di Republik Azerbaijan.

H.E Mr Irfan Davudov turut berkongsi informasi berkenaan persiapan Republik Azerbaijan untuk penganjuran dan mempengerusikan Persidangan ke-29 Pihak-Pihak bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim yang akan berlangsung dari 11 sehingga 22 November 2024 di Baku, ibu negara Azerbaijan.

COP merupakan siri beberapa mesyuarat rasmi (Conference of Parties) dimana kerajaan menilai usaha global untuk memajukan Perjanjian Paris dan Konvensyen, juga menghadkan pemanasan global kepada 1.5 C seperti dimaklumkan sains terkini. COP merupakan platform dimana pemimpin dunia berkumpul untuk mengukur kemajuan dan berunding cara terbaik untuk menangani perubahan iklim.

Program hari ini turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Pencinta Teknologi Hijau Malaysia (MGTS) Dr. Chandra Sagaran sebagai ahli panel kedua dan Ts. Dr. Nur Hidayah binti Ahmad, Pensyarah Kanan di Jabatan Kejuruteraan Awam, PUO.

PUO turut berbesar hati atas kesudian pihak MGTS dengan sumbangan hadiah kepada para pemenang pertandingan ‘Green Design and Innovation Competition’ yang telah diadakan baru-baru ini sebagai usaha menyuntik minat para pelajar terhadap program-program kelestarian alam.

MGTS telah ditubuhkan pada 2 Jun 2014 dengan bertujuan untuk mempromosi dan mendidik belia tentang kepentingan teknologi hijau ke arah kehidupan lestari melalui pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan di bawah Persatuan.

Turut hadir ke sesi forum adalah Encik Norman bin Zamri, Timbalan Pengarah (Akademik) PUO.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti