HAZIQ MUSLIHIN RANGKUL EMAS DALAM INTERNATIONAL MUAYTHAI CHALLENGE 2025

KOLEJ KOMUNITI KUALA PILAH
30 September 2025
Uncategorized

KUALA LUMPUR, 28 September 2025 – Pelajar Kolej Komuniti Kuala Pilah, Haziq Muslihin, berjaya mengharumkan nama kolej apabila meraih pingat emas dalam kategori Amatur 54-57kg pada kejohanan International Muaythai Challenge 2025 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 27 dan 28 September 2025.

Kejohanan bertaraf antarabangsa ini dianjurkan oleh Persatuan Muaythai Malaysia dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Kejayaan ini amat bermakna buat Haziq setelah beberapa siri penyertaan sebelum ini menyaksikan beliau tewas di peringkat awal. Namun, semangat juang yang tinggi serta usaha berterusan akhirnya membuahkan hasil apabila beliau berjaya mengungguli podium tertinggi pada kejohanan kali ini.

Haziq, yang kini menuntut di Semester 3, tekad untuk terus memperbaiki prestasi dan menjadikan kemenangan ini sebagai pembakar semangat untuk terus mengharumkan nama kolej di pentas sukan tempur.



Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha gigih dan semangat tidak berputus asa pasti membuahkan hasil.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti