iCiE-TVET 2025 Himpun 269 Penyelidik Perkukuh Inovasi TVET Global

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
11 August 2025
Akademik, Industri, Kolaborasi, Penyelidikan dan Inovasi, Umum

BATU KAWAN – Hubungan akademik antara Malaysia dan Indonesia terus terjalin erat menerusi International Conference in Education–Technical & Vocational Education & Training (iCiE-TVET) 2025 yang berlangsung secara hybrid di The Ship Campus, Pulau Pinang, semalam.

Persidangan yang dirasmikan oleh Dr. Shamsuri bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), menjadi wahana penting bagi membudayakan penyelidikan berterusan dalam kalangan warga akademia TVET.

“Persidangan ini berfungsi sebagai platform strategik mencerminkan aspirasi kita untuk mengangkat Malaysia sebagai hab global pendidikan TVET. Saya menghargai peranan proaktif POLYCC dalam pertukaran akademik, kolaborasi rentas sempadan dan penglibatan konsisten di pentas antarabangsa selari dengan salah satu fokus utama iaitu Pengantarabangsaan POLYCC,” ujar Dr. Shamsuri.

Penganjuran bersama antara Politeknik Cendana Indonesia, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Sekolah Tinggi Ilmu Manajemen Sukma Indonesia, Politeknik METrO Tasek Gelugor dan Kolej Komuniti Arau ini menerima 269 penyertaan, termasuk 139 dari luar negara, membuktikan daya tarikan dan kredibiliti platform ini di mata serantau.

Persidangan turut menampilkan pembentangan utama termasuk YBhg. Dato’ Seri Dr. Michael Tio, Ketua Pegawai Eksekutif PKT Logistics Group yang berkongsi model Quintuple Helix bagi membangunkan Malaysia sebagai hab logistik ASEAN; Prof. Dr. Ir. Supriyanto, M.Sc., IPM dari UPN Veteran Jakarta yang membincangkan keselamatan rangkaian dalam pendidikan TVET; dan Dr. Fumitake Kato dari NIT Ibaraki College, Jepun (secara dalam talian) yang mengetengahkan perkembangan teknologi pemprosesan imej dalam industri.

“Seorang pemimpin perlu memimpin dengan teladan terlebih dahulu sebelum layak menjadi inspirasi kepada pasukan,” pesan Dato’ Seri Dr. Michael Tio dalam ucapannya.

Kertas penyelidikan yang dibentangkan merangkumi pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, sains sosial, pendidikan, perdagangan dan pelancongan. Bidang sains sosial mencatat jumlah penyertaan tertinggi iaitu 86 kertas penyelidikan.

Persidangan turut mengiktiraf pencapaian penyelidik melalui Anugerah Kertas Penyelidikan Terbaik dalam lima kategori berikut:

  • Kategori Pendidikan
    Vina Yuliana
    The Effect of Gamification on Learning Motivation of Students
  • Kategori Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    Dr. Nor Aizam binti Muhamed Yusof
    Development of 4 Bit Digital to Analog Converter (DAC) Training Kit
  • Kategori Kejuruteraan Mekanikal
    Dr. Siti Rozakiyah Assurin binti Hassan
    Thermal-Driven Chip Evolution Under Hybrid-Coated Tool Engagement in Stacked Aluminium Systems
  • Kategori Sains Sosial
    Shah Rol Hussain & Abdul Aziz Ishak
    Leading from Within: How Women Director and Technological Innovation Reshape Firm Performance

    Tamara Ramadana
    Assistance in Offline and Online Marketing Strategies for KJ Ratna Aceh Embroidery MSME to Enhance the Competitiveness of Local Products

Sebagai penutup, Dr. Shamsuri merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan persidangan ini.

“Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua penganjur, rakan strategik serta peserta yang telah menyumbang kepakaran dan komitmen bagi menjadikan iCiE-TVET 2025 satu kejayaan. Usaha sebegini membuktikan bahawa semangat kerjasama rentas sempadan mampu memacu inovasi dan kecemerlangan TVET di peringkat global,” katanya.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti