INDUSTRI & PENDIDIKAN BERSATU: KKPS JALIN KERJASAMA UNTUK MASA DEPAN GRADUAN

KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK
05 May 2025
Industri, Kolaborasi, Umum

Pasir Salak, 30 April 2024 – Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) hari ini melakar satu lagi sejarah apabila berjaya menghimpunkan pemain industri, alumni, pendidik serta bakal graduan dalam Majlis Dialog Industri 2025, bertemakan “Micro Collaboration to Ensure Macro Challenge”. Program eksklusif ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang di kampus KKPS, menampilkan pelbagai pengisian yang memperkukuh sinergi antara institusi pendidikan dan industri.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik A. Azman bin Arshad, Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya kolaborasi mikro antara institusi pendidikan dan pihak industri dalam membentuk daya saing graduan yang relevan dan kompeten.

Antara pengisian utama program ialah:

  • Executive Talk bersama Alumni KKPS, yang memberi inspirasi kepada pelajar melalui perkongsian pengalaman kerjaya alumni.
  • Sesi Forum Industri bertajuk “Micro Collaboration to Ensure Macro Challenge”, yang membincangkan strategi kerjasama antara institusi dan industri dalam menghadapi cabaran global.
  • CEO on Campus bersama syarikat Infra Minda Global Sdn. Bhd. (IMG), memberi peluang kepada pelajar memahami realiti industri dan hala tuju kerjaya mereka.
  • Majlis Perasmian Centre of Industry on Campus (IOC) KKPS, sebagai simbol komitmen berterusan KKPS dalam memperkukuh hubungan industri.
  • Sesi Menandatangani Letter of Intention (LOI) di antara KKPS dan rakan industri, menandakan komitmen bersama dalam membina jaringan kerjasama yang strategik.

Majlis turut menyaksikan sumbangan bantuan kewangan one-off sebanyak RM500 kepada Kolej Komuniti Pasir Salak daripada Persatuan Prihatin Muslim Perak (PRIME), sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan pendidikan dan inisiatif komuniti.

Program ini juga menjadi platform kepada Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri, yang membincangkan pelan tindakan bersama dalam memantapkan kurikulum agar selari dengan keperluan pasaran semasa.

Penganjuran program ini membuktikan komitmen KKPS dalam memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan modal insan, sejajar dengan aspirasi pendidikan TVET negara.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti