Gopeng, 10 Ogos 2024 – Seramai 11 orang pelajar dan 3 orang pensyarah dari Kelab Jabatan Kejuruteraan Perkapalan, Politeknik Ungku Omar, telah bekerjasama dalam menjayakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dianjurkan oleh Kelab Ibnu Sina dari UniKL Royal College of Medicine Perak (UniKLRCMP). Program ini turut disertai oleh Kelab Rakan Masjid dari Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Antara aktiviti yang telah dijalankan dalam program ini termasuk menyantuni anak-anak yatim dari Rumah Al-Hikmah, Gopeng, gotong-royong membersihkan Masjid Al-Hidayah, Kampung Seri Jaya, serta penganjuran Program Motivasi dan sesi memanah bersama Kelab Memanah Seri Jaya.
Program ISCCARE ini bukan sahaja berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar dengan masyarakat setempat, tetapi juga memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan kemahiran insaniah (soft skills) yang telah dipelajari di Politeknik Ungku Omar.