Karnival Pendidikan TVET dan Kerjaya KKNP sedia peluang pekerjaan

KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK
07 June 2024
Industri

Kampung Gajah, 23 Mei 2024 – Pelbagai peluang pekerjaan telah disediakan sempena Karnival Pendidikan TVET dan Kerjaya yang bertemakan “Career Bridge Industries & Alumni POLYCC 2024 yang berlangsung pada 23 mei 2024 di Kolej Komuniti Pasir Salak.

Penganjuran program ini merupakan salah satu usaha ke arah menghasilkan graduan yang holistic, berciri keusahawanan, dan seimbang dalam memenuhi hasrat Pelan Pembangungan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) melalui jalinan kolaborasi industri.

Sekurang-kurangnya sebanyak 8 syarikat dari pelbagai sektor telah mengambil bahagian dalam temuduga kerjaya ini yang mana antaranya seperti Marry Brown SDN BHD, CRRC Rolling Stock Center, Carsem (M) SDN BHD, Dinding Poultry Processing SDN BHD, Revotech Electrical SDN BHD, Healtlink Services SDN BHD, Safworks SDN BHD dan PNA Technologies SDN BHD.

Program anjuran Kolej Komuniti Negeri Perak dengan kerjasama PERKESO Negeri Perak ini merupakan sebahagian strategi dan tindakan bagi pengurusan KKNP dalam meningkatkan jalinan kolaborasi dengan pihak industri. Selain itu, ia merupakan salah satu platform untuk merealisasikan Pelan Transformasi POLYCC dan membantu POLYCC untuk meningkatkan kualiti program pengajian sehingga menjadi peneraju dalam bidang pendidikan latihan teknikal dan vokasional. Gabungan beberapa pengisian yang melibatkan perkongsian daripada alumni berjaya, wakil-wakil industri termasuk pameran pendidikan antara agenda yang diketengahkan sepanjang karnival ini berlangsung.

Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Shamsuri bin Abdullah, Pengarah Politeknik Ungku Omar merangkap Pengerusi Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Perak. Turut hadir adalah pengarah-pengarah Kolej Komuniti Negeri Perak termasuk wakil-wakil industri.

“Realitinya, dunia pekerjaan sentiasa mengalami perubahan dan kami di POLYCC sentiasa berusaha memastikan keperluan stakeholder dan pelanggan dipenuhi. Mengambil kira keperluan dan mentaliti generasi Z “Gen Z”, POLYCC sewajarnya memainkan peranan sebagai jambatan kepada Gen Z dan pihak industri.

“Generasi hari ini berdepan dengan cabaran baharu untuk membentuk keupayaan profesional mereka dan memperbaiki kebolehpasaran diri masing-masing, kerana semakin banyak syarikat mengutamakan kemahiran atau pengalaman kerja yang berkaitan berbanding kelayakan akademik katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup karnival hari ini.

Image Not Found
Image Not Found
Image Not Found

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti