(Melaka 18 Februari 2024) Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi mengatakan bahawa kerajaan akan meningkatkan perancangan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PHS). Kursus PHS akan akan disebar luas di seluruh Malaysia. Beliau berharap lebih ramai golongan muda serta para belia mempunyai peluang untuk meningkatkan diri dan menyumbang kepada ekonomi setempat.
Kerajaan akan menyokong penuh kegiatan berkaitan agar lebih ramai penyertaan terutama golongan belia dalam mendapat kemahiran serta meningkatkan taraf hidup.
Beliau telah hadir ke Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka semalam mengatakan ia bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan malah dapat meningkatkan kemahiran diri agar lebih mudah mendapat pekerjaan. Baru-baru ini, seorang belia wanita yang mengikuti kursus di Kolej Komuniti telah menjalankan perniagaan sendiri dengan membuka kedai roti di kampung halamannya setelah tamat pengajian.
Menggalakkan Pembelajaran Sepanjang Hayat :
Hasil perniagaan sendiri belia wanita tersebut telah membuktikan kejayaan pembelajaran sepanjang hayat ini dapat membantu meningkatan kemahiran diri dan membina kerjaya golongan belia.
Beliau mengatakan Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka yang ditubuhkan sejak tahun 2001 telah menawarkan program pengajian bermutu tinggi dan pada masa ini seramai 361 orang pelajar sedang mengikuti kursus yang ditawarkan termasuklah program teknologi elektrik, program teknologi automotif, program kulinari dan program operasi perhotelan.
Beliau menggalakkan orang ramai untuk mengikuti kursus pendek agar dapat meningkatkan kemahiran diri dan memajukan diri agar dapat membina peluang kehidupan yang lebih baik.
Sinchew (oleh You Jiarong)