Keratan Akhbar : Seni bina masjid di Turki jadi inspirasi reka bentuk Pusat Islam Polteknik Besut

UKK JPPKK
23 March 2023
Utusan Malaysia

Reka bentuk Komplek Pusat Islam Politeknik Besut di Mukim Keluang di sini yang di inspirasikan dari seni bina Islam Masjid Sulaiman di Istanbul, Turki bakal menajdi satu lagi daya tarikan baharu pelancong di daerah ini.

Pengarah Politeknik Besut Che Mukhtar Bakar berkata, kompleks tersebut adalah satu komponen bangunan utama yang terdapat di kampus baharu itu untuk memenuhi keperluan program pengajian Islam untuk warganya.

Menurutnya kerja-kerja pembinaan bermula pada 3 Oktober 2017 dan berjaya disiapkan pada 7 Ogos lalu manakala penyerahan secara rasminya kepada Kementerian Pengajian Tinggi telah dilaksanakan pada 23 Ogos lalu.

“Proses perincian pelan dan reka bentuk kompleks ini diolah sesuai dengan keperluan warga Politeknik Besut dan mengambil kira persekitaraan senibina tempatan serta iklim tropika Asia Tenggara yang secara relatifnya panas dan lembap sepanjang tahun”

“Pembinaan kompleks ini terdiri daripada satu kubah utama, dikelilingi oleh empat kubah kecil serta sebuah menara.”

“Dewan solat utama terdiri daripada ruang solat lelaki di aras bawah dan ruang solat wanita di aras satu. ruang limpah juga direkabentuk sebagaimana masjid-masjid yang terdapat dimalaysia bagi menampung limpahan jemaah sewaktu Solat Jumaat serta program-program lain yang melibatkan penglibatan keseluruhan warga kampus hingga 800 jemaah”, katanya Ketika dihubungi semalam.

Baru-baru ini, gambar Pusat Islam Politeknik Besut itu tular di media sosial dan mendapat pujian daripada warganet kerana keunikan binaan serta reka bentuknya yang diinspirasikan masjid di Turki menyebabkan mereka tidak sabar mengunjunginya dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Che Muktar berkata, bagi kemasan permaidani pula, warna merah dipilih sesuai dengan imej dan warna rasmi politeknik serta mengambil inspirasi dari Masjid Sultan Sulaiman di Istanbul.


UTUSAN MALAYSIA, 5 OKTOBER 2022

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti