Keratan Akhbar : 1445 graduan POLISAS terima diploma

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
21 August 2024
KERATAN AKHBAR, Lain-Lain

Life News Agency , 11 Ogos 2024

KUANTAN, 10 Ogos 2024 – Seramai 1445 graduan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma dan diraikan sempena Majlis Konvokesyen POLISAS ke-45. Majlis Konvokesyen ini diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah selama dua hari bermula semalam.

Menurut POLISAS, penganugerahan diploma kali ini merupakan kumpulan yang tamat pengajian pada sesi 2 2022/2023 dan sesi 1 2023/2024. Jumlah keseluruhan siswazah yang dilahirkan POLISAS sejak 1976 sehingga kini adalah seramai 60559 dan pada tahun ini melibatkan Jabatan Kejuruteraan Awam seramai 387 orang, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (212 orang), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (259 orang), Jabatan Perdagangan (397) dan Jabatan Teknologi Makanan 190 orang.

“Majlis Konvokesyen kali ini disempurnakan oleh Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri Guai, YB. Dato’ Sabariah Saidan bagi sidang pertama pada hari ini.

Bagi sidang kedua dan ketiga yang berlangsung pada 11 Ogos pula akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitumal dan Operasi), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dr. Asmadi Abdul Rahman dan Pengarah Urusan Seikou Systec Sdn.Bhd., Ts. Siew Peng Wah.” kata POLISAS.

Majlis Konvokesyen ini turut memberi penghargaan dan penghormatan kepada graduan yang menunjukkan dedikasi dan iltizam seperti Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Politeknik dan Jabatan, Anugerah Projek Terbaik serta Anugerah Pengarah Politeknik.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti