Keratan Akhbar : 800 warga POLYCC tandatangan ikrar bebas rasuah

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
07 March 2024
Lain-Lain

SHAH ALAM, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Hampir 800 pegawai dan kakitangan politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.

Program yang diketuai Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Dr Norhayati Zakaria di hadapan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor Datuk Alias Salim dalam majlis yang diadakan di Dewan Al Jazari PSA, semalam.

Menurut Dr Norhayati, warga POLYCC perlu lebih berintegriti dan mempunyai keutuhan peribadi yang tinggi bagi melahirkan graduan TVET yang berkemahiran dan berkualiti.

“Saya mengingatkan diri saya dan seluruh warga POLYCC agar menentang pelakuan rasuah secara menyeluruh dan holistik ke arah membentuk dan membudayakan masyarakat Madani.

“Sebarang keputusan dan tindakan yang dibuat perlulah diperhalusi secara berhemah berlandaskan prosedur, tatakelola dan undang-undang yang ditetapkan,” katanya yang juga Pengerusi POLYCC zon Selangor dan WPKL.

Terdahulu, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Selangor Muhammad Firdaus Musa menyampaikan taklimat bertajuk ‘Membudayakan Amalan Integriti dan Anti Rasuah dalam Perkhidmatan Kerajaan’.

-ZS-

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti