Keratan Akhbar : Alumni PUO wujud konsep kafe dalam perpustakaan, ruang selesa untuk pelajar

POLITEKNIK UNGKU OMAR
05 January 2024
Lain-Lain

PERAKTASTIC, 18 Disember 2023

IPOH: Mengaplikasi konsep kafe dalam perpustakaan, itu antara sasaran Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini bagi mewujudkan ruang pembelajaran lebih selesa kepada pelajar. May be an image of 4 people, dais and text Menurut Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah, kafe yang diberi nama Kafe Dellamar itu ditubuhkan secara perkongsian pintar oleh alumni PUO, Izwan Helmi Mohd Mokhtar dan Koperasi PUO Ipoh Berhad.

Jelasnya lokasi kafe itu bertempat di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, di politeknik berkenaan.

“PUO telah mengorak langkah menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan para alumninya dengan perasmian Kafe Dellamar.

“Pemilihan perpustakaan sebagai lokasi kafe bertepatan dengan konsep kafe yang santai serta menjadikan perpustakaan sebagai ruang pembelajaran lebih kondusif serta memberi keselesaan kepada para pelajar.

“Dalam masa sama menepati cita rasa belia kini, Pusat Keusahawanan PUO turut menawarkan kerjasama dan bantuan dari segi penyediaan kemudahan, khidmat nasihat dan jaringan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian kafe berkenaan, di sini pada Isnin.

Tambahnya, pemilik Dellamar kini menjalani proses latihan dan pemantauan oleh Majlis Francais Malaysia selama setahun dalam mendapatkan lesen sebagai francaisor.

Mengulas lanjut, katanya idea asal penubuhan kafe itu tercetus apabila sekumpulan pelajar Semester 4, Diploma Pengajian Perniagaan yang diketuai Izwan Helmi mewakili PUO dalam Program Francais Siswa 2021 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Persatuan Francais Malaysia.

Jelasnya, mereka berjaya merangkul tempat ketiga dalam program tersebut.”Jenama Dellamar Brownies & Coffee pertama kali diperkenal melalui pertandingan ini dan membawa kepada tercetusnya penubuhan Kafe Dellamar.

“Kafe Dellamar memulakan operasi di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, PUO pada 28 November lalu,” katanya.

Selain itu, dalam majlis sama, Buku Coffee Table PUO: TVET@PUO Malakar Malaysia Madani yang mendokumenkan wadah aspirasi PUO ke arah Politeknik APEX turut dilancarkan.

Kafe Dellamar merupakan salah satu produk baharu usahawan PUO yang berjayadirealisasikan dan merupakan satu permulaan progresif usahawan muda aliran TVET agar mereka kekal relevan, kompeten serta mampu berdaya saing.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti