Keratan Akhbar : Generasi Alpha Tekuni Aktiviti Canting Batik di #PBP2024

KOLEJ KOMUNITI ARAU
13 August 2024
Lain-Lain

Malaysia Aktif, 29 Julai 2024

KANGAR, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Keterujuan jelas terpancar kepada 12 orang kanak kanak yang menyertai bengkel mencanting batik anjuran Kolej Komuniti Arau sempena Program Pesta Buku Perlis dan Karnival Membaca 2024 Peringkat Negeri Perlis.

Dhia Keisha Irdina Shahidi, 12, yang berkongsi keterujaannya, berkata ia memberi pengalaman yang menyeronokan buat dirinya yang tidak pernah mengetahui proses batik.

Dhia Keisha Irdina bersama adiknya menunjukan hasil canting batik mereka.
“Hari ini saya datang bersama adik saya Muhammad Daniel Shafi, 8, untuk belajar teknik mencanting batik.

“Pada mulanya, saya tengok agak susah tetapi apabila mendapat tunjuk ajar daripada petugas bengkel ini, saya dan adik saya mampu menyiapkan mewarna batik di atas kanvas (kain) mini dalam masa yang amat singkat,” ujarnya semalam.

Menurut penyelaras bengkel Shafarizan Abd Samad, 47, Bengkel Mencanting Batik ini merupakan anjuran Unit Pendidikan Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Arau bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai teknik asas mencanting batik dan pada masa yang sama ia dapat membina kemahiran asas mewarna batik dengan teknik yang betul kepada para peserta.

Para peserta dibimbang oleh tenaga pengajar Kolej Komuniti Arau.
“Bertempat di Perpustakaan Awam Negeri Perlis, seramai dua belas peserta telah hadir di bengkel mencanting batik ini.

“Kami juga membuka bengkel kursus CANVA yang telah dihadiri seramai 16 belas orang,” katanya.

Turut diadakan bengkel DIY (Dibuat Individu dengan Yakin) sabun dobi, hiasan kek cawan dan Bengkel Solatku Ibadahku yang telah disertai seramai lima puluh orang peserta.

“Terdapat banyak lagi kursus-kursus pendek yang diadakan di Kolej Komuniti Arau dan juga di Kolej Komuniti Cawangan Kangar,” ujarnya.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti