Keratan Akhbar : Konvoi bantu anak yatim

POLITEKNIK UNGKU OMAR
11 September 2024
Utusan Malaysia

Seramai 50 orang menyertai Konvoi Motosikal Semarak Kemerdekaan dan CSR pengantarabangsaan di Satun, Thailand bagi menghulurkan sumbangan kepada anak yatim di negara itu, baru-baru ini.

Konvoi dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ungku Omar yang berkolaborasi bersama Kelab Motosikal Nangke 198- ‘Nangke Motocycle Club 198’ dan Kolej Komuniti Arau, Perlis.

Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara ahli kelab yang terdiri daripada berbagai jabatan dan unit di Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Azlan Shah, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Kolej Komuniti Arau dan Kolej Komuniti Bagan Datuk.

Konvoi ini melalui jarak perjalanan sejauh 395 km sebelum tiba di Satun, Thailand.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti