Keratan Akhbar : Pelajar POLIMAS muncul Penuntut Terbaik Kursus Asas Perajurit Muda

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH
07 March 2024
Suara Merdeka

Suara Merdeka, 1 Februari 2024

Jitra  – Pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Kedah, Nur Atirah Abdul Nasir dari Jabatan Kejuruteraan Awam POLIMAS telah muncul sebagai Penuntut Terbaik dalam Kursus Asas Perajurit Muda Bilangan 1/2024 yang diadakan baru-baru ini di POLIMAS. Beliau telah menerima cenderahati pengiktirafan dari Timbalan Komander Rejimen 513AW, Lt Kol Kamarulruzaimi Abdul Razak dalam satu majlis perbarisan Penutup kursus tersebut.

Menurut Nur Atirah, “Saya tidak menjangka akan terpilih sebagai perajurit muda terbaik dalam kursus ini. Alhamdulillah atas pengiktirafan yang diberikan ini. Pengiktirafan ini membuktikan pelajar POLIMAS boleh berjaya dalam semua bidang yang diceburi sekiranya ada tekad dan usaha dan sentiasa berdisiplin dalam usaha untuk mencapai kejayaan terbaik”.

Menurut beliau lagi, “Saya sangat berminat menyertai kursus ini kerana ia membentuk tahap disiplin yang tinggi dan melatih dari segi kekuatan mental dan jasmani untuk menjadikan diri kita lebih yakin dan boleh memimpin”.

Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) yang diadakan ini merupakan program kali pertama untuk tahun 2024 bertujuan membentuk tahap disiplin yang tinggi dikalangan pelajar-pelajar melatih dari segi kekuatan mental dan jasmani serta menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan berkepimpinan. Menurut Mejar Md Fadli Bin Mat Hashim selaku penganjur kursus ini berkata, “Pengllibatan pelajar dalam kursus ini merupakan kerjsama strategik antara Rejimen 513 Askar Wataniah(AW) dengan politeknik bagi memantapkan organisasi keselamatan dan menjadikan anggota lebih berdisiplin, menepati masa dan berketrampilan. Pendedahan kepada aktiviti-aktiviti lasak, latihan kawad dan ikhtiar hidup kepada anggota-anggota ini akan menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan bijak menguruskan masa mereka dengan lebih berkesan”.

Timbalan Komander Rejimen 513AW, Lt Kol Kamarulruzaimi Abdul Razak dalam ucapan penutupnya berkata, “Semangat yang dipamerkan dalam kursus ini, saya harap akan berterusan serta menjadi contoh dan pemangkin kepada generasi muda kini untuk sama-sama menabur bakti dalam mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta ”.

Katanya lagi, “Semua penuntut yang terlibat dalam kursus ini diharapkan akan dapat mengaplikasikan sebaik mungkin apa yang telah dipelajari dan perolehi sepanjang tempoh kursus ini sedikit sebanyak dapat mendisiplinkan diri anda semua”.

Majlis penutup ini telah  disempurnakan oleh Timbalan Komander Rejimen 513AW Lt Kol Kamarulruzaimi Abd Razak. Turut serta hadir dalam majlis yang telah diadakan ini ialah Dr Mhd Azmin Mat Seman mewakili Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS). Kursus ini telah dilaksanakan di POLIMAS selama sebulan. Seramai 55 orang penuntut menyertai kursus yang telah diadakan yang terdiri dari 22 pelajar POLIMAS, 10 pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan selebihnya adalah belia tempatan.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti