Keratan Akhbar : Permodalan Kedah Berhad mahu jalin kerjasama dengan POLIMAS

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH
18 January 2024
Suara Merdeka

SUARA MERDEKA , 11  Januari 2024

PERMODALAN Kedah Berhad (PKB) berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah.

Ini berikutan POLIMAS diyakini mempunyai pelbagai bidang yang diperlukan oleh pihak PKB untuk mendapat tenaga kerja mahir yang diperlukan oleh anak-anak syarikatnya.

Hasrat ini telah disampaikan oleh Pengurus PKB Capital Sdn. Bhd. , Maizatul Miza Mohd. Disa dalam kunjungan hormatnya kepada Pengarah POLIMAS, Rosli Idris.

Selain itu antara yang hadir bagi pihak PKB pula, Penolong Pengurusnya, Ahmad Farizul Abd Ghani.

Antara yang hadir bagi pihak POLIMAS adalah Pensyarah Utamanya, Dr Mhd Azmin Mat Seman, Ketua Unit Cisec, Zainuddin Jaafar, Ketua Unit Pengurusan Latihan  Industri dan Md Nasir Md Safar, Ketua Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat.

Dalam pertemuan itu Maizatul Miza berkata, pelajar-pelajar politeknik amat berkemampuan dalam menjalankan pekerjaan dari segi pratikalnya dan sangat berkeyakinan dan mempunyai kepakaran yang tinggi dan bermotivasi.

Beliau berkata, pihak PKB dan anak-anak syarikat sangat memerlukan tenaga kerja sebegini untuk kemajuan dan pembangunan syarikat dimasa hadapan.

Sementara Rosli pula berkata, pihaknya sangat menghargai kenyataan yang dikemukakan dan ini bagi membolehkan kerjasama antara POLIMAS dengan PKB.

Rosli berkata, Kolaborasi Strategik dengan PKB akan dibuat secara rasmi nanti.

“Ini akan dapat membuka peluang dalam perkongsian kepakaran dalam bidang yang ada di POLIMAS dengan PKB,” katanya.

Beliau berkata, pensyarah di POLIMAS sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam pengajaran bagi menghasilkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi sesuai dengan keperluan industri semasa.

“POLIMAS berbesar hati kerana pihak PKB kerana ingin menjalinkan kolaborasi dengan kami,” katanya.

Katanya, usaha pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar harus diteruskan melalui kerjasama dan hubungan baik di antara pihak PKB dengan POLIMAS.

“Mungkin selepas ini banyak lagi kajian dapat dijalankan berserta dengan program lain seperti Program Kesukarelawan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, ini sebenarnya akan memberi peluang kepada kedua belah pihak untuk bekerjasama melalui “knowledge sharing” dari segi aspek teori dan praktikal.

Di samping itu katanya, kolaborasi ini membuka peluang kepada pelajar POLIMAS dalam meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang perkerjaan yang tersedia di PKB.

Tambah beliau lagi, melalui kolaborasi ini ia akan memberi maklum balas agensi kepada politeknik bagi menghasilkan pelajar yang menepati dengan kehendak pasaran. – SM

 

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti