Keratan Akhbar : Politeknik Dungun terima 422 pelajar baru

UKK JPPKK
28 August 2023
TRDI

TRDI , 22 Ogos 2023

DUNGUN, 22 Ogos – Seramai 422 orang pelajar baharu akan memulakan sesi pembelajaran semester pertama tahun pengambilan sesi Jun 2023/2024 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA).

Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA, pendaftaran bermula pada 21 Ogos selama dua hari melibatkan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Teknologi Maklumat dan Komputer.

“Seramai 162 orang pelajar mendaftar untuk kursus di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, 125 di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komputer, 90 orang Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan 67 orang pula mengambil kursus di Jabatan Kejuruteraan Awam,” ujarnya.

Menurutnya lagi, sebagai meraikan kehadiran mereka Majlis Pengenalan Kepada PSMZA sempena Minggu Transformasi Siswa (MTS) diadakan di Dewan Dagang, disini yang dirasmikan oleh Pengarahnya, Zamra Derahman.

Beliau mengalu-alukan kemasukan semua pelajar dan mengucapan tahniah serta syabas.

“Tahniah dan syabas telah membuat keputusan yang tepat memilih tempat belajar dan menjadi sebahagian daripada warga PSMZA,” katanya lagi.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti