Keratan Akhbar : Politeknik Ungku Omar daftar pelajar POLYCC tertinggi

POLITEKNIK UNGKU OMAR
12 August 2024
Utusan Malaysia

Oleh MEDIA MULIA – 7 Ogos 2024, 7:45 am

Politeknik Ungku Omar (PUO) merekodkan pencapaian ambilan pelajar yang membanggakan apabila pendaftaran pelajar baharu bagi Sesi 1 Tahun 2024/2025 telah melebihi sasaran yang ditetapkan.

Dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,765 pelajar, PUO mencatatkan jumlah pelajar TVET tertinggi di antara semua politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara bagi ambilan sesi 1 Tahun 2024/2025.

Daripada jumlah tersebut, 1,629 merupakan pelajar daripada 17 program diploma, 123 pelajar Program Asasi Teknologi Kejuruteraan, dan 13 orang pelajar Program Sijil Kemahiran Pembinaan yang dikhususkan untuk pelajar kelainan upaya.

Pencapaian tersebut bukan sahaja mencerminkan kepercayaan masyarakat terhadap kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh PUO, tetapi komitmen institusi berkenaan dalam menyokong agenda pendidikan negara dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Peningkatan jumlah ini juga dibantu oleh usaha mempromosi keterlihatan institusi secara berterusan melalui pelbagai platform sama ada secara bersemuka, media konvensional atau secara digital.

Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah turut menyatakan bahawa pencapaian ini mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap persekitaran pembelajaran kondusif dan kualiti Pendidikan serta Latihan Teknikal. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti