Keratan Akhbar : PSA, Politeknik Indonesia Jalin Kerjasama Strategik

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
07 March 2024
Lain-Lain

Malaysia Aktif, 11 Ogos 2023

SHAH ALAM, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz (PSA) memeterai kerjasama dengan Politeknik Negeri Batam (Polibatam), Indonesia melalui ‘agreed minutes of meeting’ (AMM).

Kerjasama tersebut bagi memperkukuh hubungan strategik serantau dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pengarah PSA Dr. Norhayati Zakaria dan Pengarah Polibatam Dr. Uuf Brajawidagda menandatangani AMM tersebut dalam satu majlis sempena pembukaan Pagelaran Vokasi 2023 yang diadakan di Polibatam, Batam, Indonesia semalam.

Dr Norhayati memaklumkan kolaborasi tersebut merupakan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkasa kerjasama sebagai institusi TVET merentas sempadan.

“Perjanjian ini bertujuan memperkukuh hubungan sedia ada seperti berkongsi kepakaran terutama dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat bagi membentuk ekosistem TVET yang mampan,” katanya.

Pagelaran Vokasi 2023 yang diadakan selama dua hari itu merupakan program tahunan Politeknik Negeri Se-Indonesia.

“Ia merangkumi pelbagai aktiviti seperti International Business Administration Competition (IBAC), Ekspo PBL, pameran kerjaya serta aktiviti keusahawanan dan kebudayaan.

“PSA turut terlibat dengan menghantar sebanyak tiga penyertaan pelajar dalam IBAC serta dua orang pensyarah sebagai juri yang disertai lebih 20 politeknik seluruh Indonesia,” katanya.

-ZS-

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti