Keratan Akhbar : TVET main peranan penting atasi pengangguran belia

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
21 August 2024
Lain-Lain

PAHANGMEDIA , 18 Ogos 2024

KUANTAN, 18 OGOS 2024 : Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan belia.

Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato Hajah Sabariah Saidan berkata ini kerana bidang ini dapat membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri.

“Selain daripada (bidang) akademik kita sangat memerlukan (pelajar) kemahiran-kemahiran teknikal ini.

“Sekarang kalau kita lihat di Pahang ada pelbagai industri seperti ECRL (Laluan Rel Pantai Timur), pembinaan kilang-kilang baru di Gebeng yang memerlukan tenaga mahir sebagai tenaga kerja mereka.

“Projek infrastruktur ini pastinya memerlukan kepakaran graduan TVET kita, dan saya yakin mereka akan menyahut cabaran ini dengan cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Program Moh Festival Polycc 2024 di Teluk Cempedak.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari Ismail; dan Pengarah Bahagian Ambilan dan Pengambilan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Ybrs. Tuan Haji Azirin Abdul Aziz.

Menurut beliau, program Moh Festival Polycc 2024 ini dilaksanakan untuk merayakan pelbagai aspek yang penting kepada pertumbuhan dan pembangunan modal insan negara melalui pembangunan kemahiran TVET.

“Melalui TVET dari pelbagai sudut di kalangan pelajar, mencungkil bakat terpendam dan menyediakan mereka dengan platform untuk lebih menyinar.

“Justeru, saya percaya bahawa melalui pelbagai aktiviti yang dirancang dalam program ini membolehkan mereka mempamerkan kebolehan, menolak sempadan kreativiti dan pengetahuan teknikal mereka.

“ini merupakan satu platform terbaik untuk mengeratkan ikatan persafahaman dan jaringan antara komuniti POLYCC, komuniti setempat, pemain industri dan pelbagai agensi di bawah kerajaan,” katanya.

Sementara itu, menurut YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari, Pahang dipilih sebagai destinasi pertama karnival ini adalah disebabkan negeri ini mempunyai banyak destinasi menarik yang boleh diketengahkan

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti