KK Pekan anjur kursus perkasa PSH kolej komuniti

KOLEJ KOMUNITI PEKAN
08 September 2023
Umum

9 September 2023, Kuantan – Seramai 51 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan penyelaras PSH dari kolej komuniti seluruh Malaysia telah menghadiri Program Pemantapan Pensyarah Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Berteraskan 4IR 2023.

Program anjuran Kolej Komuniti Pekan dengan kerjasama Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) ini telah berlangsung di Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan bermula 6 September 2023 yang lalu.

Matlamat program ini adalah untuk membuat penambahbaikan terhadap pelaksanaan PSH di kolej komuniti. Program selama tiga hari ini memfokuskan kepada pemantapan aplikasi Sistem ePSH, pengurusan kewangan, penyelarasan dan penyeragaman dalam melaksanakan PSH dan kaedah pemasaran berteraskan IR4.0 bagi kursus-kursus yang ditawarkan.

Encik Mohammad Azwan bin Ja’afar, Pengarah Kolej Komuniti Pekan berkata, program ini mampu meningkatkan lagi kefahaman pegawai yang terlibat dalam pengurusan PSH di kolej komuniti.

“Jika pengurusan kursus bertambah baik, maka banyak lagi kursus yang berimpak tinggi yang boleh kita anjurkan.”katanya lagi

Turut hadir, Dr. Zamzam bin Mohd Walid, Pengarah Bahagian Kurikulum, JPPKK, Dr. Yusni bin Mohamad Yusak, Timbalan Pengarah Bahagian Kompetensi serta pegawai-pegawai dari JPPKK.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti