KKA Rangkul Anugerah Inovasi Terbaik (Kategori Khas) serta Pingat Emas dan Perak KKA di FAMB 2024

KOLEJ KOMUNITI ARAU
01 September 2024
BERITA, Penyelidikan dan Inovasi

Sandakan, 31 Ogos 2024 – Kolej Komuniti Arau (KKA) terus bersinar dengan meraih Anugerah Inovasi Terbaik (Kategori Khas) dan Pingat Emas untuk produk SOS PENCICAH KULIT TEMBIKAI bagi Kategori Khas: Sijil Asas Kolej Komuniti dalam Festival Agro Makanan Bioteknologi 2024 (FAMB 2024) yang berlangsung pada 27 hingga 29 Ogos 2024 di Sandakan, Sabah.

KKA turut juga memenangi Pingat Perak untuk produk SPARKLING B’MON bagi Kategori A: Bioteknologi, Teknologi Makanan, Teknologi Hijau dan Teknologi Kimia. Penyertaan dua produk inovasi melalui 3 orang pelajar daripada program Sijil Pemprosesan Makanan dan seorang pelajar daripada program Sijil Khas Pemprosesan Makanan bersama 2 orang pensyarah pengiring ini membuahkan hasil yang sangat cemerlang.

Pensyarah program tersebut, Siti Nasiroh Ismail berkata kejayaan ini adalah sangat bermakna kepada pelajar yang terlibat kerana ia membuktikan mereka berpotensi menghasilkan produk inovasi berkualiti. “Alhamdulillah, kami jauh nun di utara hadir menyahut cabaran. Kami berasa sangat terharu dan yakin kejayaan ini akan memberi suntikan motivasi berganda di masa hadapan,” katanya lagi.

FAMB 2024 kali ini melibatkan 83 penyertaan dan dibahagikan kepada 3 kategori. Tahniah Nur Asma Darus, Najihah Asri, Siti Nasiroh Ismail, Durratul Najwa Jeffry, Siti Mazidah Abd Moner dan Nur Natasha Hasmi.

Sehari sebelum pertandingan ini, para peserta turut menyertai Smart Community Programme on Sustainable Mangrove Plant a mangrove and plant hope for the future to achieve’s SDG dengan kerjasama International Society Mangrove Ecosystem (ISME) dan Pusat Penyelidikan Perhutanan Sandakan bertempat di Hutan Simpan Sg.Gum Gum dan Sg. Loboh.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti