KKBS jalin kerjasama dengan Sabah Parks

KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
07 March 2024
Industri

Kota Kinabalu, 8 Februari 2024 – Kolej Komuniti Beaufort (KKBS) telah menjalinkan kolaborasi bersama Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (Sabah Parks), Kota Kinabalu.

Kunjungan KKBS diketuai oleh Pengarah, Ts Julkifli Awang Besar bersama-sama Ketua Unit Keusahawanan, Ts Mazuwan Mustaffa, Wakil Ketua Program Sijil Operasi Perhotelan, En Arif Ikhsan Azizi, Pegawai Perhubungan Industri & Alumni, En Larry Cassidy anak Banta dan Ketua Unit Pembangunan Pelajar, En Shamsuddin Amin.

Manakala Sabah Parks diketuai oleh pengarahnya, Dr Maklarin Lakim.

Perbincangan dimulakan dengan memperkenalkan KKBS kepada Sabah Parks berkaitan dengan sejarah penubuhan, penawaran program, peranan-peranan unit dan pencapaian cemerlang yang dikecapi. Selepas itu  kedua-kedua pihak banyak bertukar-tukar buah fikiran berkenaan dengan bentuk-bentuk kerjasama yang boleh dijalankan. Antara bentuk kerjasama yang dilontarkan dalam perbincangan tadi berkisar kepada aplikasi Artificial Intelligent (AI) dalam menganalisa kehadiran pelancong-pelancong ke taman-taman Sabah yang sediaada dan manfaat Information Of Things (IOT) dalam mengawal selia aktiviti-aktiviti pelancongan di Sabah Parks.

Pendekatan teknologi terkini ini diyakini dapat menambahbaik sistem yang sedia ada serta mengoptimumkan sumber dengan lebih efektif. Menurut Dr Maklarin, beliau menerima kehadiran KKBS dengan gembira dan melihat kerjasama yang bakal terjalin pastinya memberi impak yang positif dan melonjakkan kedua-dua pihak.  Dengan kehadiran sumber kepakaran dan tenaga kerja dari KKBS setidak-tidaknya dapat membantu meningkatkan lagi prestasi Sabah Parks.

Ts Julkifli pula menambah, kerjasama bersama Sabak Parks nanti akan meningkatkan lagi kompetensi para pensyarah dan pelajar KKBS khususnya dari program Sijil Teknologi Elektrik dan Sijil Operasi Perhotelan. Malah Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) juga boleh memainkan peranan dalam memberikan kursus-kursus yang relevan kepada komuniti yang terlibat secara langsung dalam projek-projek Sabah Parks kelak.

Semoga hasil perbincangan tadi akan ditermeterai dengan menandatangani Surat Hasrat Untuk Kerjasama (LOI) di antara KKBS dan Sabah Parks bagi merealisasikan segala perancangan dalam usaha memberi impak yang besar dalam sektor pendidikan tinggi dan pelancongan di Sabah.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti