Kuala Pilah, 27 Mei 2024 – Kolej Komuniti Kuala Pilah (KKKP) telah menganjurkan Cabaran Inovasi KKKP 2.0 di Dewan Rafflesia, melibatkan semua pelajar dari semester satu hingga tiga. Acara yang berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang ini menyaksikan dua kategori pertandingan: Teknologi Maklumat/Elektronik dan DIY/Kitar Semula.
Projek IOT Concept Room, yang dihasilkan oleh Bat Muhammad Uwais bin Bat Kamaruzzaman, Ikhmal Faiz bin Ghazali, dan Ibrahim Fahmi bin Jamaluddin dari semester tiga, dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan dalam kategori Teknologi Maklumat/Elektronik.
Dalam ucapan perasmian penutup, Pengarah KKKP mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur, mengiktiraf usaha para pelajar dan mentor, serta menekankan pentingnya inovasi sejajar dengan tema “Inovasi Merealisasikan Kreativiti”. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan menggalakkan semua peserta untuk terus berusaha dan mengembangkan budaya penciptaan, inovasi, dan kreativiti.