KKPS, Industri jalin kerjasama edar Bubur Lambuk

KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK
27 March 2024
Komuniti

22 Mac 2024, Kampung Gajah – Kolej Komuniti Pasir Salak dengan kerjasama Kolej Felcra, Syarikat Salmi Haji Tamin, Adabi Teluk Intan serta Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek AI-Ansar Felcra Changkat Lada telah mengagihkan 1,000 pek bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai terutama komuniti setempat termasuk para pelajar.

Menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada komuniti setempat ini telah menarik penyertaan daripada rakan strategik industri sebagai tanda penghargaan atas kerjasama dalam mendekati masyarakat serta berkongsi kemeriahan Ramadan dengan menyediakan juadah berbuka puasa.

Sementara itu, Pengarah Kolej Komuniti Pasir Salak, Roziah Ismail berkata, Ini merupakan perkembangan yang sangat baik apabila kerjasama melibatkan industri dan komuniti setempat dapat dimuafakatkan, ia memberi peluang untuk meningkatkan penyediaan dan pengedaran bubur lambuk kepada mereka yang memerlukan dalam kuantiti yang lebih besar berbanding tahun-tahun sebelum ini.

“Diharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang selain memberi manfaat yang besar kepada masyarakat.

“Ini juga memperlihatkan semangat kerjasama dan kebersamaan dalam masyarakat tempatan selain memupuk rasa syukur terutama di kalangan kakitangan dan para pelajar dalam menyantuni masyarakat setempat katanya semasa menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Jamek AI-Ansar Felcra Changkat Lada.

Turut hadir memeriahkan program ini adalah Abu Talib bin Abd. Rahman, Pengarah Urusan Syarikat Salmi Hj Tamin, Eisa bin Mohamed, Ketua Eksekutif Kolej FELCRA termasuk Roziah binti Ismail, Pengarah Kolej Komuniti Pasir Salak.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti