KKTNS bekal ilmu dan kemahiran kepada komuniti Negeri Sembilan

KOLEJ KOMUNITI TAMPIN
03 June 2025
Umum

Tampin, 30 Mei 2025 – YB Tuan Suhaimizan Bizar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh telah merasmikan Majlis Penutup Program Pengukuhan Bakat Komuniti 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di Kolej Komuniti Tampin (KKTNS).

Program ini dianjurkan bagi meraikan seramai 30 orang peserta daripada dua kursus utama, iaitu Kursus Jahitan Blouse dan Skirt Wanita yang telah berlangsung dari 28 April hingga 10 Mei 2025, serta Kursus Men’s Haircut Barber Style yang dijalankan pada 19 hingga 30 Mei 2025.

Setiap kursus telah disertai oleh 15 orang peserta, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 30 peserta yang terdiri daripada golongan asnaf dan komuniti setempat dari sekitar Negeri Sembilan. Tenaga pengajar yang berpengalaman dari industri dan Kolej Komuniti Tampin telah dijemput bagi menyampaikan latihan kemahiran secara langsung kepada para peserta.

Objektif utama program ini adalah untuk membekalkan kemahiran praktikal kepada peserta agar mereka mampu berdikari dalam menjana pendapatan sendiri, seterusnya keluar daripada belenggu kemiskinan. Kemahiran seperti jahitan dan guntingan rambut bukan sekadar aktiviti harian, malah merupakan peluang keemasan untuk membina kerjaya serta menyumbang kepada peningkatan ekonomi keluarga.

Sepanjang tempoh latihan, para peserta bukan sahaja memperoleh ilmu baharu, tetapi turut membina keyakinan diri, memupuk disiplin, dan menerapkan nilai-nilai kerja yang positif.

Program seumpama ini diyakini mampu menyumbang ke arah pembangunan modal insan, memperkasa komuniti, serta menyediakan peluang menjana pendapatan demi masa depan yang lebih cerah dan sejahtera.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti