Kolej Komuniti Arau Pupuk Budaya 3R melalui Fesyen

KOLEJ KOMUNITI ARAU
30 September 2024
Umum

Arau, 26 September 2024 – Unit Fesyen dan Pakaian (SFP), Kolej Komuniti Arau telah menganjurkan Pertandingan Reka Cipta From Trash Into Sustainable Fashion 2024 yang berlangsung di Dewan Afifi, Tingkat 4, Kolej Komuniti Arau. Program ini telah melibatkan 10 kumpulan iaitu terdiri daripada 55 pelajar pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian yang dibimbing oleh pensyarah program SFP. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar kepada aktiviti inovasi, membuka minda pelajar terhadap pertandingan inovasi, memberi keyakinan tinggi dan pengalaman menyertai pertandingan, memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam dunia inovasi dan mencungkil bakat yang ada pada pelajar serta menerapkan pelajar kepada suasana sebenar dan perjalanan pertandingan inovasi sekaligus memberi kesedaran kepada pelajar terhadap kelestarian alam dan konsep 3R (Reduce,Reuse & Recycle).

Di samping itu, telah diadakan satu sesi perkongsian ilmu berkenaan From Trash Into Sustainable Fashion oleh Muhammad Khalik Mustafa, Pensyarah Kanan, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Seni Reka Fesyen, UiTM Seri Iskandar Cawangan Perak. Satu segmen Coret-coret Alumni Fesyen berkongsi pengalaman berkaitan Kerjaya Fesyen bersama Alumni Fesyen Aina B sebagai Junior Fashion Stylist dan Alumni Fesyen Hakim, Pengasas Bunga Exclusive Perlis turut dianjurkan.

Acara utama iaitu Mini Fashion Show ini dilihat sangat memberi inspirasi kepada semua tetamu yang hadir termasuklah guru dan pelajar SMK Sanglang Perlis yang turut hadir memberi sokongan dan memeriahkan program ini. Kreativiti dan inovasi para pelajar SFP yang menggunakan bahan rekacipta daripada bahan-bahan terbuang dan boleh dikitar semula seperti tin kosong, straw, suratkhabar, baju terpakai dan sebagainya dilihat menyahut saranan ‘Save Our Planet’.

Program ini diserikan dengan kehadiran Pengarah Kolej Komuniti Arau, Hj. Rosnizam Kamis dan Timbalan-timbalan Pengarah serta staf Kolej Komuniti Arau. Tahniah diucapkan kepada 10 kumpulan di bawah bimbingan Pensyarah Pembimbing yang menyahut cabaran 3R dan memberi saingan sengit dan hebat.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti