Bandar Darulaman – Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBDA) mencatat satu lagi pencapaian cemerlang apabila berjaya melancarkan lima produk inovasi yang bakal untuk dikomersialkan. Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Dr. Noriah Binti Abdul Malek, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Kelima-lima produk ini adalah hasil kolaborasi antara pensyarah dan pelajar, yang telah berjaya dipertandingkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Menariknya, semua produk ini telah didaftarkan sebagai hak cipta di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), membuktikan nilai komersial dan inovasinya.
Senarai produk yang dilancarkan adalah seperti berikut:
1. Nasi Beriani Mercik
• Perekacipta: Rahanita Binti Abd. Rahman, Rosmawati Binti Dahaman, Noor Hasmy Binti Md. Yunos, Amrul Bin Omar, Nor Haniza Binti Hashim, dan Imran Bin Roslim
2. Go Exhibit
• Perekacipta: Rafizah Binti Shaharuddin, Seri Wati Binti Said, dan Rosmawati Binti Dahaman
3. QUMIX (Quick N Easy)
• Perekacipta: Rahanita Binti Abd. Rahman, Rosmawati Binti Dahaman, dan Zulkifli Bin Shamsudin
4. Matcha Waffle Crispy
• Perekacipta: Rahanita Binti Abd. Rahman, Muhd. Ridzuan Bin Ramlee, dan Muhammad Adil Afiq Bin Abdul Halim
5. Idea Generator Booklet
• Perekacipta: Rahanita Binti Abd. Rahman, Noor Hasmy Binti Md. Yunos, Nor Haniza Binti Hashim, Zaidatul Hani Binti Mohd. Zaini, dan Nur Ardini Aisyah Binti Mohd. Fairuz
Pelancaran produk-produk ini membuktikan kemampuan KKBDA untuk menjadi pemacu kemajuan penyelidikan dan inovasi di peringkat komuniti. Diharapkan kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pensyarah dan pelajar KKBDA untuk terus menghasilkan inovasi yang memberi impak besar kepada masyarakat dan negara.