KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS PERLUAS HUBUNGAN KERJASAMA DENGAN CHINA

SHANTINI DEVI RAMULU@ RAMANAIDU
05 March 2025
Uncategorized

Kepala Batas, 24 Februari 2025 – Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) memperluas kerjasama strategik dengan menandatangani Letter of Intent (LOI) di antara Beijing Yuweishi Education Technology Co Ltd (YWS), China serta Master Elite Academy Group Sdn Bhd.

Majlis menandatangani Letter of Intent (LOI) di antara Beijing Yuweishi Education Technology Co Ltd (YWS), China, Master Elite Academy Group Sdn Bhd dan pihak Kolej Komuniti Kepala Batas itu disempurnakan oleh Pengarah KKKB Shuhaimi Bin Samanol, Mr Qianyu Zhai (CEO) dan DR Yee Siew Ching (Founder & Director) Master Elite Academy Group Sdn Bhd.

Menurut, Shuhaimi “melalui kerjasama ini menggalakkan peluang perkongsian kepakaran, peralatan dan kemudahan yang terdapat pada kedua-dua belah pihak. “Selain itu, kerjasama juga memfokuskan program peningkatan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang berkaitan melalui program pembelajaran sepanjang hayat serta peluang kepada pelajar dan pensyarah menjalani latihan up-skilling dan re-skilling dalam bidang berkaitan.”

Turut hadir pada majlis berkenaan En. Mohd Nasir bin Marzuki (TPA), Hj. Khairulnizan bin Abdul Kadir (TPP), Ketua-Ketua Program, Ketua Unit dan Pegawai PPIA dari KKKB manakala Ms Yu Su (Project Manager) dan Ms Shuhan Zhang (Project Manager) manakala deligasi dari Master Elite Academy Group Sdn Bhd dihadiri oleh Cik Azwa Umairah binti Azman (Administrative Manager).

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti