Kolej Komuniti Segamat dan UTM A berkongsi pingat Perak Kategori Animasi sempena Pertandingan Digital Innovation Creativepreneur (DICE) 2.0

KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT
03 September 2024
Aktiviti Pelajar, BERITA

20 Ogos 2024, Nilai – Pasukan Fourmasia yang mewakili Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Kolej Komuniti Segamat telah berjaya mendapat Pingat Perak bagi kategori animasi sempena Pertandingan Dice 2.0 yang berakhir pada 19 Ogos 2024 yang lalu.

Pertandingan ini telah diadakan pada 17 hingga 20 Ogos bertempat di Nilai Youth City dengan penglibatan 250 penyertaan terdiri daripada pelajar dan pensyarah Universiti Awam seluruh negara yang melibatkan empat kategori iaitu Animasi, Filem Pendek, Aplikasi AR dan VR serta permainan digital.

Keputusan tersebut telah diumumkan pada Majlis Penutup Pertandingan Digital Innovation Creativeprenuer (DICE) 2.0 anjuran KPT dan UNISZA pada 19 September 2024 bertempat di Nilai Youth City.

Pihak Pasukan Fourmasia, Sdr. Mohamad Nazri selaku ketua pasukan telah merakamkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu pasukan ini.

Beliau berkata, “Alhamdulillah, Kolej Komuniti Segamat yang mewakili Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah mendapat ‘Silver’ bagi kategori Animasi 2D. Wakil pihak team Fourmasia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah animasi 2D terutama KPro Puan Sahirda, pegawai keusahawanan Encik Hairul Fahmi, mentor En. Wan Ahmad Bishrul serta pihak pengurusan tertinggi Kolej Komuniti Segamat yang mendoakan dan membantu bagi menjayakan projek animasi ‘Ka-Ching’ Fourmasia.”

Ianya adalah pencapaian yang sangat membanggakan kerana ianya pertandingan peringkat kebangsaan yang melibatkan universiti awam. Bahkan Kolej Komuniti Segamat telah berkongsi pihak Perak bersama Pasukan UTM A. Pingat Emas pula telah dimenangi oleh UTHM A, UiTM Puncak Perdana A dan UPSI A, manakala pingat gangsa pulak dimenangi oleh UMS A dan UUM A.

Bagi pelajar kolej ianya adalah sesuatu pencapaian yang sangat besar dan menunjukkan bahawa kolej komuniti juga memiliki kemahiran dan kreativiti yang tinggi.

Bagi En Zahid selaku Pengarah Kolej Komuniti Segamat sangat berasa berbesar hati dan bersyukur atas pencapaian yang dicapai oleh pasukan Fourmasia Ini.

Beliau berkata, “kejayaan pelajar pelajar Sijil Animasi 2D @ Fourmasia merangkul pingat Perak dan berada sama ranking pelajar Universiti Awam dan Pusat Pendidikan Tinggi yang lain adalah satu pencapaian yang luar biasa. Ianya juga adalah sebagai contoh dan inspirasi pelajar lain bahawa mereka juga boleh berjaya jika mereka mempunyai minat dan panduan yang betul”.

Beliau juga berkata, “ini adalah hasil didikan dan bimbingan pensyarah pensyarah bidang Animasi yang berterusan sejak 2001 dan boleh dicontohi oleh program program lain untuk terus istiqamah dan komited melahirkan pelajar pelajar yg kompeten dan berkemahiran tinggi dalam bidang yang mereka minati”.

Kolej Komuniti Segamat telah menghantar Empat orang pelajar Sijil Animasi 2D dan 2 orang pensyarah pengiring sempena pertandingan DICE 2.O ini

Idea dan karektor animasi yang menggalakkan kempen untuk menabung ini adalah sesuatu yang menarik dan “rare” bagi menimbulkan rasa minat berjimat cermat dan berusaha memiliki sesuatu dengan berusaha keras bermula daripada usia muda lagi. Selain ianya mempunyai elemen fantasi dan futuristik bagi menimbulkan suasana animasi yang terkini.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan pasukan Fourmasia ini.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti