Kolej Komuniti Selandar, industri anjur program iftar bersama komuniti

KOLEJ KOMUNITI SELANDAR
02 April 2024
Industri

29 Mac 2024, Ayer Keroh – Majlis Grand Iftar yang telah diadakan di Grand Swiss-bell Hotel, Melaka anjuran Unit Pengajian Am, Kolej Komuniti Selandar dengan kerjasama Harraz Holding Sdn. Bhd.  ini merupakan kemuncak kepada Program Ihya Ramadhan Kolej Komuniti Selandar 2024 yang telah berlangsung sepanjang bulan Ramadhan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan Laungan Azan dan Kuiz Ramadhan serta penyerahan Infaq Ramadhan dan pengedaran bubur lambuk kepada komuniti sekitar Selandar. 

Majlis Khatam Al Quran turut diadakan pada malam tersebut dan ianya juga merupakan simbolik penutup kepada aktiviti Tadarus Ramadhan 1445 Hijrah yang melibatkan warga KKSL secara keseluruhannya sepanjang bulan Ramadhan ini. 

Program Ihya’ Ramadhan ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh pihak Kolej Komuniti Selandar dalam usaha mendekati dan menyebar luaskan jalinan hubungan bersama komuniti setempat.

Namun, berbeza pada tahun ini Kolej Komuniti Selandar berasa bertuah kerana pengajuran Ihya Ramadhan pada kali ini telah menarik kerjasama untuk bersama pihak Harraz Holdings Sdn. Bhd yang diketuai oleh Dato’ Seri Emma. 

Bagi Program Ihya Ramadhan kali ini pihak Harraz Holdings Sdn. Bhd telah menjadi penyumbang utama dalam penyampaian Infaq Ramadhan yang berupa bakul makanan kepada 100 orang penerima dan juga penyumbang dalam penyediaan bubur lambuk yang telah diedarkan kepada lebih 500 orang penerima. 

Majlis Program Grand Iftar diteruskan dengan aktiviti penyampaian Duit Raya kepada golongan asnaf yang terdiri daripada komuniti sekitar Selandar dan juga dari kalangan para pelajar Kolej Komuniti Selandar oleh pihak Harraz Holdings Sdn. Bhd.


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti