KOPERASI PUO BERHAD TERIMA GERAN RM100,000 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

POLITEKNIK UNGKU OMAR
31 July 2024
Umum

Dewan Serbaguna Gerik, 26 Julai 2024 | Koperasi Politeknik Ungku Omar Ipoh Berhad telah menerima bantuan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia di bawah Program Pembangunan Perniagaan Melalui Koperasi (Bantuan Pembangunan) sebanyak RM100,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Ribu Sahaja) bagi tujuan membiayai kos pembelian satu (1) unit mesin pencetak.

Koperasi Politeknik Ungku Omar Ipoh Berhad juga menjadi salah satu rakan kerjasama dalam menjayakan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Perak 2024 & Jelajah Hari Terbuka Usahawan, Agro Dan Koperasi Daerah Hulu Perak yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak (Suruhanjaya) dengan kerjasama Sekretariat Usahawan Negei Perak (SADC).

Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti