Kunjungan Hormat Ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua

KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT
21 July 2025
Umum

Kajang, 17 Jun 2025 -Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) telah mengadakan kunjungan hormat ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yu Hua yang berlokasi di pusat bandar Kajang pagi tadi.

Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh Ts. Nizam bin Mohd Nasir, Pengarah Kolej Komuniti Hulu Langat. Turut mengiring Pengarah ke kunjungan tersebut, Encik Ahmad Zuhaidy bin Muhammad, Timbalan Pengarah Akademik, Puan Yuzilawati binti Muhamad Yunus, Timbalan Pengarah Pengurusan, Puan Siti Masliza binti Mohd Nawi, Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Puan Tilkavati A/P Muthusamy, Pegawai Hal Ehwal Pelajar.

Ketibaan rombongan kunjungan hormat KKHL telah disambut mesra oleh Cik Lai Huey Hung, PK Hal Ehwal Murid bersama Puan Ng Soo Ha dan Puan Ho guru SMJK Yu Hua.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan yang dimainkan oleh KKHL dalam bidang TVET serta program sijil dan kursus-kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat yang ditawarkan oleh KKHL. Melalui perjumpaan kali ini pihak KKHL berharap kerjasama strategik dapat diwujudkan antara KKHL dengan SMJK Yu Hua terutamanya dari segi pengambilan pelajar.

Semoga kunjungan hormat ini menjadi titik mula kepada kerjasama dengan penglibatan kedua-dua belah serta memberikan impak positif untuk kebaikan dua pihak.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti