SEBERANG JAYA – Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) memulakan langkah baharu ke arah pengukuhan hubungan industri dengan lawatan ke GT Physio & Rehabilitation Centre, Pulau Pinang.
Wakil PTSB yang diketuai oleh Dr. Hj. Samsul bin Abd Rashid, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik diiringi Encik Shamsul Arif bin Ismail, Ketua JSKK bersama Ts. Mohd Syafaril bin Jamaluddin dan Encik Mohd Fairul bin Rasid mengadakan perbincangan yang menjurus kepada penubuhan program Industry on Campus (IOC) di PTSB. Program ini bertujuan menghubungkan pelajar dengan pengalaman industri secara langsung di dalam kampus.
Sebagai tanda komitmen bersama, kedua-dua pihak sepakat untuk menandatangani Nota Persefahaman (NOI) yang dirancang pada awal tahun hadapan. Inisiatif ini bukan sahaja berupaya mempersiapkan pelajar dengan kemahiran praktikal malah mengukuhkan hubungan strategik antara PTSB dan industri kesihatan.
Lawatan ini juga menggambarkan keprihatinan JSKK dalam memastikan pelajar sentiasa relevan dengan keperluan industri semasa.