Kursus 4IRPSH Asas Drone Pemetaan

KOLEJ KOMUNITI GERIK
08 August 2024
Komuniti

Seramai 15 orang peserta telah menyertai 4IRPSH Asas Drone Pemetaan. Kursus Asas Drone Mapping and Surveying diperkenalkan melalui kerjasama Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Politeknik Sultanah Bahiyah, Kedah dan Politeknik Merlimau, Melaka. Kursus ini dianjurkan sebagai pengenalan kepada komuniti Daerah Hulu Perak. Kursus ini bakal memenuhi permintaan orang ramai dan majikan mengenai kemahiran penggunaan dron di dalam kerja-kerja pemetaan dan ukur seperti pemetaan 3D, tinjauan tanah, fotogrametri dan ukur topografi dari udara.

Tidak dapat dinafikan teknik konvensional akan terus relevan dan masih mampu memberi ketepatan dalam kerja – kerja pemetaan dan ukur namun dari segi kos dan penggunaan tenaga kerja penggunaan dron adalah cara paling efektif dan semakin diterima ramai.

Penyelaras Program yang ditemui Encik Mohd Safirul bin Md Zin menyatakan Persijilan selama 3 hari ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik bagaimana untuk melakukan pemetaan dan ukur dengan lebih tepat. Speksifikasi dron juga perlu diambil kira untuk memastikan setiap misi penerbangan sesuai dengan kaedah pemetaan yang diperlukan oleh pelanggan seperti penggunaan sistem Lidar yang lebih tepat dan pemilihan dron seperti Phantom 4 RTK.

Peserta juga dilatih untuk membuat perancangan penerbangan menggunakan perisian tertentu untuk mendapatkan output yang baik bagi menghasilkan lakaran 2D dan 3D yang berkesan melalui aplikasi memproses imej.

Selain itu keselamatan dan peraturan untuk melakukan pemetaan udara di Malaysia turut menjadi topik utama di dalam kursus ini supaya peserta sentiasa memahami dan mematuhi peraturan sebelum melakukan misi penerbangan, katanya lagi. Peserta Wanita  tunggal yang ditemui iaitu Cik Afiqah binti Mohd Mansyur Pelajar Tingkatan Enam Rendah dari SMK Seri Budiman Gerik menyatakan beliau sangat teruja dan berterima kasih kepada Kolej Komunti Gerik untuk penganjuran kursus ini. Kursus berkenaan sangat membantu terutama bagi Matapelajaran Geogarafi.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti