Kursus Pengaturcaraan dan Pertandingan Sumo Robot 2024

KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN
19 November 2024
Komuniti

Bandar Darulaman – Kolej Komuniti Bandar Darulaman telah berjaya menganjurkan satu Kursus Pengaturcaraan dan Pertandingan Sumo Robot 2024 Sempena Program Hari TVET@KKBDA 2024 .

Objektif utama kursus pengaturcaraan dan pertandingan Sumo Robot adalah untuk menggalakkan pembelajaran dan penerapan pengetahuan pelajar yang terlibat dalam bidang robotik, automasi, dan teknologi melalui pertandingan yang kompetitif dan interaktif. Dalam usaha untuk memupuk minat pelajar terhadap sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM), banyak sekolah dan universiti di seluruh dunia mula menganjurkan pertandingan Sumo Robot sebagai sebahagian daripada program pendidikan mereka. Ini secara tidak langsung mendorong minat pelajar dan orang awam dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) melalui aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar.

Program ini telah melibatkan 9 buah Sekolah Menengah Daerah Kubang Pasu iaitu SMK Bandar Bukit Kayu Hitam, SMK Bandar Baru Sintok, SMK Tunku Anum, SMK Jitra, SMK Hosba, SMK Pulau Nyior, SMK Darulaman Height dan SMK Paya Kemunting. Setiap pasukan terdiri daripada seorang guru dan 2 orang pelajar. Yang menarik lagi SMK Bandar Baru Sintok telah hantar dua pasukan untuk menyertai pertandingan ini.  

Melalui Pertandingan Sumo Robot ini, peserta diberi peluang mempelajari dan mengaplikasikan teknologi asas seperti sensor, motor dan mikro pengawal bagi mencipta robot yang mampu mengesan, menyerang dan menolak robot lawan keluar dari gelanggang. Peserta bukan sahaja dapat mempamerkan kebolehan teknikal mereka tetapi juga mempelajari nilai-nilai penting seperti ketekunan, inovasi dan kerjasama.

Tahniah kepada Pemenang-pemenang Pertandingan Sumo Robot iaitu tempat pertama dimenangi oleh SMK Pulau Nyior, tempat kedua dimenangi oleh SMK Hosba dan tempat ketiga dimenangi oleh SMK Tunku Anum.

Semoga program ini dapat mencetuskan minat peserta dalam bidang teknologi dan kejuruteraan yang turut memainkan peranan penting dalam membina masa depan negara.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti