Kursus Penyelenggaraan Penyaman Udara manfaat pelajar Kompleks Pendidikan Baitul Dhiya

POLITEKNIK UNGKU OMAR
31 July 2024
Aktiviti Pelajar

Ipoh, 25 Julai 2024 – Program CSR iaitu Kursus Asas Penyelenggaraan Penyaman Udara yang dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ungku Omar telah berjaya dilaksanakan. Kursus bermula 23 hingga 25 Julai 2024 yang melibatkan tujuh orang pelajar Tingkatan Empat dari Kompleks Pendidikan Baitul Dhiya’ (KOMBAIDHI) dijalankan di Bengkel Penyaman Udara dan Penyejukbekuan.

Kursus Asas Penyelengaran Penyaman Udara ini dikendalikan oleh Encik Mohd Zulhairi bin Zulkipli yang merupakan Ketua Program bagi Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan. Beliau dibantu oleh Encik Mohd Yusri bin Md. Yusoff, Encik Muhamad Khiril bin Kamaruddin dan Encik Wan Abdul Jalil bin Wan Ahmad Naziri.

Program CSR ini dirasmikan oleh Tuan Haji Rahizal bin Mohd Khir, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Program ini diwujudkan setelah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PUO menandatangi MOU bersama Kompleks Pendidikan Baitul Dhiya’ pada 24 April 2024 yang lalu.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti