13 Oktober 2024 – Telah diadakan satu Latihan Kebakaran (Fire Drill) oleh Balai Bomba Dan Penyelamat Sik. Latihan ini bertujuan untuk memastikan seluruh warga Kolej Komuniti Sik sentiasa bersedia dan peka terhadap amaran kecemasan di samping mengetahui tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. Demonstrasi pemadaman api juga turut dilakukan dengan situasi kecemasan yang berbeza. Latihan ini telah diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sik, PPgB Zulkhairi bin Mat Tanjil.
Kemudian, Taklimat Kesedaran Kebakaran diberikan kepada seluruh warga Kolej Komuniti Sik. Taklimat ini disampaikan oleh PB Muhammad Soffuan Bin Sabry. Penjelasan mendalam diberikan mengenai prosedur keselamatan, jenis-jenis kebakaran, dan cara penggunaan alat pemadam api.
Taklimat dan latihan ini adalah salah satu usaha untuk memastikan persekitaran kerja dan perjalanan kelas PdP yang selamat dan selesa bagi semua.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Balai Bomba Dan Penyelamat Sik atas perkongsian ilmu dan kerjasama yang amat baik.