PUO terima kunjungan UMPSA

POLITEKNIK UNGKU OMAR
07 August 2024
Penyelidikan dan Inovasi

Ipoh, 11 Julai 2024 – Satu lawatan penanda aras oleh delegasi dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berlangsung di Politeknik Ungku Omar (PUO). Delegasi UMPSA terdiri daripada lima orang ahli yang diketuai oleh Pengarah Pusat TVET Termaju, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir bin Mohd Sani.

Kehadiran delegasi dari UMPSA ini adalah bertujuan untuk melihat perancangan dan penilaian proses akreditasi dan persijilan APACC yang telah dilaksanakan oleh Politeknik Ungku Omar.

Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Encik Norman bin Zamri, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ungku Omar dan beliau turut mengalu-alukan kehadiran delegasi UMPSA. Beliau juga mengharapkan lawatan ini bermanfaat dan berimpak melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman, dan amalan terbaik dalam persijilan APACC.

Turut hadir dalam sesi ini adalah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Amirrudin bin Samsudin dan juga semua Working Group Leader (WGL) yang terlibat dalam persijilan APACC.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti