Seramai 28 pensyarah Jabatan Perdagangan telah menghadiri Lawatan Penandaarasan Akademik ke UiTM, Cawangan Perlis, Kampus Arau, pada 19 Julai 2024. Delegasi PMM yang diketuai oleh Ketua Jabatan Perdagangan, Puan Maria binti Mohd Yatim telah disambut oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof Madya Ahmad Fikri bin Mohd Kassim dan turut menyantuni delegasi PMM adalah Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan dan Ketua Pusat Pengajian Pengurusan & Perniagaan.
Objektif utama lawatan ini adalah untuk melihat program pembangunan diri pelajar UiTM dalam memenuhi keperluan industri, di samping turut mengenalpasti perancangan aktiviti yang dijalankan oleh pihak UiTM bagi menarik tumpuan Alumni demi memastikan kelestarian hubungan antara institusi dan Alumni terus terjalin.
…………………………………….