LEBIH 700 SERTAI LARIAN RAKAN MUDA X PUO FUN RUN

POLITEKNIK UNGKU OMAR
15 October 2024
Sukan

Ipoh, 13 Oktober 2024 – Telah berlangsung Program “Rakan Muda X PUO Fun Run” yang dilaksanakan bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara tahun 2024. Program ini telah disertai oleh oleh hampir 700 orang peserta larian tanpa mengira umur. Jarak larian sejauh 5 kilometer dengan Kit Larian yang cantik telah menarik perhatian ramai pelari untuk menyertai program ini.

Pelepasan larian tersebut telah disempurnakan oleh YB Encik Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak dengan diiringi oleh Encik Norman Bin Zamri, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ungku Omar dan Puan Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Program anjuran Sekretariat Rakan Muda Politeknik Ungku Omar ini telah mendapat kerjasama dari EHEYNS Perak dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kinta. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti