Liputan Berita – PUO rekod kemasukan pelajar baharu tertinggi di Malaysia

POLITEKNIK UNGKU OMAR
12 August 2024
Malaysia Gazette

IPOH – Politeknik Ungku Omar (PUO) merekodkan ambilan pelajar tertinggi iaitu seramai 1,765 orang berbanding mana-mana politeknik dan kolej komuniti di seluruh Malaysia bagi sesi 1 Tahun 2024/2025.

Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah berkata, pencapaian ini menunjukkan keyakinan masyarakat terhadap persekitaran pembelajaran kondusif dan kualiti Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang PUO tawarkan.

“Daripada jumlah itu, 1,629 merupakan pelajar daripada 17 program diploma, 123 pelajar program asasi teknologi kejuruteraan dan 13 orang merupakan pelajar program sijil kemahiran pembinaan yang khusus untuk pelajar kelainan upaya.

“Selain itu, kenaikan jumlah pelajar yang mendaftar juga usaha mempromosi keterlihatan institusi secara berterusan melalui pelbagai platform sama ada secara bersemuka, media konvensional atau secara digital,” katanya.

Ini turut membuktikan masyarakat percaya terhadap kualiti pendidikan dan komitmen PUO untuk menyokong agenda pendidikan negara serta meningkatkan kebolehpasaran graduan.

“Para pelajar juga dinasihati untuk memanfaatkan ruang dan peluang pembelajaran di sini supaya dapat meneroka potensi dan kebolehan diri untuk menyumbang semula kepada masyarakat dan negara kelak.

“Di kesempatan ini, PUO ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu.

“Semoga para pelajar menggunakan peluang ini untuk terus mencapai kejayaan dalam aspek akademik dan membentuk sahsiah diri melalui pengalaman pembelajaran di politeknik,” tambahnya. – MalaysiaGazette

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti