LTA @KKLK Jalin Kerjasama Dengan Universiti Teknologi Rajamangala, Thailand

UKK JPPKK
16 December 2022
BERITA, Industri

17 November 2022 , Langkawi – Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi (LTA@KKLK) telah menjalinkan kerjasama dengan The Consortium of Liberal Arts Dean of 9, Rajamangala University of Technology (CLAD-RMUTs), Thailand. Kerjasama ini bertujuan bagi perancangan aktiviti kolaborasi melibatkan program pertukaran pelajar dan pensyarah, latihan industri, pembangunan inovasi dan penyelidikan serta perkongsian kepakaran di antara institusi yang akan bermula pada tahun 2023-2025.

Kerjasama dimeterai melalui Majlis Tandatangan Minit Mesyuarat Dipersetujui antara Haslinda Abd. Hamid, Pengarah LTA dan Dr. Thanu Thodthankhun, Presiden CLAD-RMUTs. Delegasi RMUTs yang terdiri daripada 36 orang turut dibawa melawat ke fasiliti-fasiliti yang terdapat di LTA@KKLK.

Haslinda berkata, kolaborasi strategik ini telah bermula sejak tahun 2017 dengan pelaksanaan Program SEA-TVET: Pertukaran Pensyarah & Pelajar Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi di Rajamangala University of Technology Lanna, Thailand.

“Kerjasama ini diteruskan pada tahun ini dengan penglibatan 9 institusi CLAD-RMUTs dengan” katanya lagi.

Turut hadir, Ts. Mornizawati Abdullah, Timbalan Pengarah Unit Kolaborasi , Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti JPPKK serta pegawai-pegawai lain.


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti