19 Oktober 2024, Kota Tinggi – Kolej Komuniti Kota Tinggi telah berjaya menganjurkan Majlis Penutup Program Keusahawanan Komuniti Kota Tinggi di Event Hall Abang Tanjak, Kota Tinggi. Majlis dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi dan dihadiri oleh BKIK JPPKK, Pn Wan Marina binti Wan Mohd Nowalid, Pengerusi JK Penasihat KKKT, YB Hjh Asiah binti Md Ariff, Pengarah Politeknik Mersing Ts. Dr Robert @ Kerk Swee Tian.
Kolej Komuniti yang telah wujud lebih 24 tahun, sarat dengan pengalaman yang kukuh dan mantap, dan mampu pergi lebih jauh lebih-lebih lagi dalam ilmu Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).
Ahli Parlimen Kota Tinggi YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin ingin memastikan rakyat Kota Tinggi bukan sekadar menjadi penonton kepada arus pembangunan dan kemajuan di negara ini. Mereka perlu turut serta dalam arus ini melalui usaha menuntut ilmu, pengetahuan dan kemahiran. Bukannya bergantung kepada bantuan subsidi semata.
Tambahan beliau, beliau bersedia untuk menganjurkan Program Juara, yang mana 20 orang usahan akan dikenalpasti dan digilap kehebatannya. Selain dapat meningkatkan pendapatan dan menjadi contoh kepada Kolej Komuniti kawasan lain, beliau juga ingin jadikan mereka sebagai pemain-pemain penting di peringkat nasional mahupun global.
Sekalung tahniah dan terima kasih buat seluruh warga KKKT yang berusaha gigih dalam menjayakan pelbagai program sepanjang tahun ini.