Langkawi, 18 November 2024 – Jabatan Kerja Raya Daerah Langkawi telah menganjurkan Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Asrama Pelajar, Kafeteria dan Kemudahan-Kemudahan Lain di Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi. Majlis bersejarah ini berlangsung di Auditorium LADA dan dihadiri oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam projek pembangunan ini.
Dalam majlis ini, Puan Siti Shauqiah binti Zainuddin, Pengarah Urusan Maju Merge Resources Sdn Bhd, telah menyerahkan sijil pemilikan bangunan dan replica kunci kepada Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah JKR Langkawi selaku Pegawai Penguasa, yang seterusnya menyerahkan sijil dan replika tersebut kepada Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), serta Dato’ Dr. Hj Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, yang menerima sijil pemilikan bangunan dan replika kunci tersebut.
Majlis ini turut disaksikan oleh tetamu kehormat termasuk Raja M Azhan Shah Bin Raja Muhammad, Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan, Dr. Fary Akmal binti Osman, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Tinggi, serta pegawai-pegawai kanan dari JKR Malaysia, LADA, dan Langkawi Tourism Academy (LTA), termasuk Pengarah Pn. Rohana binti Sahak dan Mantan Pengarah Pn. Haslinda binti Abd Hamid.
Di akhir majlis, semua tetamu kehormat telah dibawa melawat ke bangunan asrama pelajar, kafeteria dan kemudahan-kemudahan lain di Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi.
Semoga dengan penyerahan ini, kemudahan baru yang disediakan akan memberikan manfaat kepada para pelajar dan memajukan lagi pendidikan serta pembangunan di Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan projek ini.