Mesyuarat Pengarah-Pengarah POLYCC Zon Utara Bersama KTPC

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
05 November 2024
Industri, Umum

Mesyuarat Pengarah-Pengarah POLYCC Zon Utara bersama Kulim Technology Park Corporation (KTPC) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat KTPC, Kulim Hi-Tech semalam.

Delegasi POLYCC diketuai oleh Tuan Haji Rosli bin Idris, Pengerusi POLYCC Zon Kedah dan Perlis disambut baik oleh Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Pengarah Eksekutif KTPC.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan perkembangan terkini dalam pendidikan TVET dan merancang inisiatif baharu bagi meningkatkan kualiti program yang ditawarkan. Antara isu penting yang diketengahkan termasuk penyediaan bakat kepada industri, dengan meneliti keperluan industri untuk memastikan pelajar dilatih dengan kemahiran yang relevan.

Selain itu, penyesuaian kurikulum juga menjadi tumpuan utama bagi memenuhi keperluan industri serta meningkatkan kebolehpasaran graduan. Dari sudut capaian data dan maklumat, mesyuarat ini menekankan kepentingan mengumpul data strategik untuk menarik pelabur dan memperkukuh daya saing pelajar di pasaran kerja.

Sesi perbincangan produktif ini diakhiri dengan perancangan langkah-langkah seterusnya untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan bagi memajukan pendidikan TVET di zon utara.

Mesyuarat ini dihadiri oleh pengarah-pengarah, ketua-ketua Collaboration, Industry Services and Employability Centre (CISEC) dan Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni (PPIA) dari 6 politeknik dan 11 kolej komuniti negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti