Mohd Zool Fazlee harumkan nama POLIMAS di peringkat ASEAN

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH
19 August 2025
BERITA, Sukan

JENDELA MADANI

Seorang lagi warga Politelnik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah membuktikan kehebatan apabila diberi pengiktirafan berprestij negara dalam Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan AUG 2024 dan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke World University Games (WUG) 2025 di Jerman yang berlangsung di Hotel Zenith, Putrajaya.

Mohd Zool Fazlee Basir, pensyarah POLIMAS yang juga Pengurus Pasukan Petanque Universiti Malaysia ke Kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Surabaya, Indonesia, diraikan atas komitmen cemerlang dalam membimbing pasukan negara ke pentas antarabangsa.

Majlis penuh gemilang itu telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sebagai penghargaan kepada atlet dan pengurus pasukan universiti yang telah mengharumkan nama Malaysia di kejohanan AUG 2024.

Turut membanggakan, Pasukan Petanque Malaysia berjaya meraih insentif berjumlah RM6,000 atas pencapaian membanggakan di kejohanan tersebut – bukti keampuhan sukan Universiti Malaysia di peringkat serantau.

KOMITMEN BELIAU MEMBIMBING

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada Mohd Zool Fazlee atas kejayaan ini. Komitmen beliau membimbing pasukan sehingga berjaya di arena ASEAN amat membanggakan POLIMAS dan Malaysia.

Kami percaya pencapaian ini mampumenjadi pencetus inspirasi buat seluruh warga institusi,” menurut kenyataan rasmi pihak pengurusan POLIMAS.

Sementara itu, Pengarah POLIMAS, Rosli Idris, turut menzahirkan rasa bangga atas pengiktirafan yang diterima oleh pensyarah berkenaan:
“Pencapaian Mohd Zool Fazlee bukan sahaja membanggakan, malah membantu melonjakkan nama POLIMAS sebagai institusi yang bukan sahaja melahirkan pelajar cemerlang, tetapi juga tenaga pengajar berkaliber yang menyumbang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.”

“Kejayaan ini akan meningkatkan keyakinan masyarakat dan pelajar bahawa POLIMAS adalah destinasi pilihan terbaik untuk melanjutkan
pengajian,” tambah beliau.

Mohd Zool Fazlee bukan sahaja telahmembuktikan keupayaan sebagai pengurus sukan
berwibawa, malah kini terus mencari bakat-bakat baru di kalangan pelajar POLIMAS dalam sukan petanque kususnya, untuk dibawa ke Kejohanan
Petanque yang seterusnya. – JM

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti