Muhammad Fikri sumbang pingat emas di The 5th La Cuisine Competition @ SIAL Interfood Indonesia 2023

KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH PERAK
18 January 2024
Aktiviti Pelajar

JAKARTA:  Sebanyak 4 pingat emas, 3 pingat perak, 3 pingat gangsa, dan 1 diploma berjaya diraih oleh Pasukan Kulinari dari Kolej Komuniti Chenderoh Perak dalam Pertandingan The 5th La Cuisine Competition 2023 @ @ SIAL Interfood Indonesia yang berlangsung dari 8 hingga 11 November 2023 di Jakarta International Expo, Kemayoran, Indonesia.

Pasukan yang terdiri daripada seorang pensyarah bersama empat orang pelajar dari program Diploma in Culinary Arts Kolej Komuniti Chenderoh diterajui oleh Puan Khairul Ashikhin binti Abdullah Suhami, Pensyarah Utama ini berjaya merangkul pingat emas menerusi kategori Nasi Tumpeng, Western Seafood, Asian Cuisine Fish Main Course, dan San Remo Junior Pasta.

Muhammad Fikri bin Kamaruzaman merupakan pelajar Diploma in Culinary Arts Kolej Komuniti Chenderoh yang telah berjaya meraih pingat emas dalam acara individu masakan San Remo Pasta Challenge (Junior Chef) mengatasi peserta-peserta lain yang terdiri daripada negara Thailand, Taiwan, Malaysia, dan Indonesia. Kejayaan Fikri, pelajar Semester 4 program Diploma in Culinary Arts ini membuktikan bahawa pelajar kolej komuniti  memiliki bakat yang luar biasa serta berupaya bersaing di peringkat lebih tinggi.

Antara pengalaman menarik yang dikongsikan bersama sepanjang bertanding dalam Pertandingan The 5th La Cuisine Competition 2023 @ SIAL Interfood Indonesia ialah para peserta dapat merasai pengalaman menggunakan peralatan serta kemudahan yang berstandard tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.

Pertandingan bertaraf antarabangsa ini dinilai oleh barisan juri yang berpengalaman luas dalam bidang masakan dan terdiri daripada juri yang menerima pengiktirafan daripada World Association of Chefs (WACS).

/*! elementor - v3.18.0 - 08-12-2023 */ .elementor-widget-image{text-align:center}.elementor-widget-image a{display:inline-block}.elementor-widget-image a img[src$=".svg"]{width:48px}.elementor-widget-image img{vertical-align:middle;display:inline-block} photo_2023-11-14_08-22-14

Muhammad Fikri bin Kamaruzaman, pelajar Semester 4 Diploma in Culinary Arts Kolej Komuniti Chenderoh Perak

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti