MYSAVE Food @ Bazar Ramadan bantu komuniti tangani pembaziran

KOLEJ KOMUNITI BESUT
27 March 2024
Aktiviti Pelajar, Komuniti

26 Mac 2024, Besut – En. Abdullah bin Dazid @ AB Aziz, Pengarah Kolej Komuniti Besut (KKBT) telah turun padang bagi menjayakan Program MySave Food @Bazar Ramadan, di sini.

Program Mysave Food @Bazar Ramadan  telah pun berlangsung pada 20 Mac sehingga 26 Mac yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Besut (JPP)  dengan kerjasama badan NGO seperti Mardi, Majlis Belia Daerah Besut, Kesuma dan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia.

Program MYSAVE FOOD ini merupakan kesinambungan daripada anjuran Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia yang dilaksanakan di bazar Ramadan yang terpilih seluruh Malaysia. Program ini merupakan satu inisiatif pengurusan sisa makanan “Food Waste Management” di bazar Ramadan secara berstrategi melalui usaha menyelamatkan lebihan makanan dan minuman (yang selamat dimakan / diminum) yang tidak berjaya dijual oleh peniaga bazar.

Dengan berlangsungnya program sebegini juga boleh memupuk hubungan silaturahim diantara sukarelawan madani dengan peniaga-peniaga bazar Ramadan.Secara tidak langsung juga melalui program ini dapat membantu dan meringankan kebajikan pelajar-pelajar Kolej Komuniti Besut serta Komuniti setempat yang memerlukan bantuan pada bulan Ramadan ini.

Program MYSAVE FOOD @BAZAR RAMADAN ini ternyata mendapat sokongan yang padu dari para peniaga dan orang ramai yang sudi menyumbangkan makanan dan minuman serta lebihan hasil jualan mereka bagi membantu mereka yang memerlukan. Sebagaimana tahun 2023 yang lepas, ratusan kilogram lebihan makanan yang dijual peniaga bazar berjaya diselamatkan dari terbuang begitu sahaja. Apabila dikumpulkan keseluruhan lebihan makanan disemua bazar yang terlibat seluruh malaysia .Semoga tahun 2024, program ini berjaya mengumpul lebih banyak seterusnya dapat dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan bantuan.

Pihak Kolej Komuniti Besut amat bangga jika program seperti ini dilaksanakan dan sentiasa memberi sokongan yang padu serta kerjasama. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan mendapat keberkatan serta keredhaan ilahi. 

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti