ORGANISASI HARMONI MANIFESTO DILAKSANA

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH
17 February 2025
Aktiviti Pelajar

Jitra – “Jadikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar organsasi yang harmoni dan laksanakan manifesto” kata Muhammad Luqmanul Hakim Mohamad Yazid Mohamad Yazid. Yang DiPertua, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) bagi tahun 2025. Beliau berkata demikian setelah  menerima tauliah perlantikan baru-baru ini. Beliau telah dilantik sebagai Yang DiPertua Jawatankuasa  Perwakilan Pelajar setelah menerima undi terbanyak melalui Pilihanraya Kampus yang berlangsung baru-baru ini serentak diseluruh Politeknik Malaysia. Katanya lagi, “Organisasi yang harmoni akan membolehkan manifesto yang dijanjikan dilaksanakan dengan mudah kebajikan pelajar harus dipelihara kerana secara ini sahajalah pelajar boleh belajar dengan sempurna dan selesa di dalam kampus bagi membolehkan pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran mahupun dalam sebarang aktiviti yang diceburi”.

Muhammad Luqmanul Hakim Mohamad Yazid merupakan anak kelahiran di Kuantan, Pahang. Bapa beliau merupakan Pembantu Tadbir di Jabatan Meterologi Malaysia, Putrajaya. Anak kedua  daripada 3 orang adik beradik. Setelah menamatkan pengajian beliau di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang, beliau telah menyambung pelajaran beliau di POLIMAS dengan mengambil jurusan Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah. Bercita-cita ingin menjadi Pegawai Perancang Bandar dan Wilayah yang bertauliah dan bercadang untuk menyambung pengajian keperingkat ijazah setelah tamat pengajian peringkat diploma di POLIMAS.

 Menurut rakan beliau, Shahrul Fadhli Hairul Nizam, dari Diploma Teknologi Maklumat, POLIMAS berkata, “Muhammad Luqmanul Hakim adalah seorang pelajar yang berwibawa dan mempunyai sikap kepimpinan dan azam yang tinggi dan saya percaya beliau akan berjaya memimpin JPP POLIMAS ke arah yang lebih baik”. Tambahnya lagi Muhammad Luqmanul Hakim dapat menjaga kebajikan para pelajar dan dapat menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Pengarah POLIMAS, Rosli Idris berkata, “Sebagai sebuah organisasi yang telah dipilih oleh pelajar, mereka sewajarnya menjadi contoh kepada pelajar lain dan sentiasa prihatin dan mengambil kira keperluan pelajar dalam usaha menyediakan suasana kondusif di pusat pengajian tinggi ini.

Jelasnya, JPP merupakan penghubung antara pengurusan politeknik dengan pelajar dalam menyalurkan maklumat khususnya melibatkan permasalahan yang dihadapi mereka. “Anda semua telah dipilih oleh pelajar sebagai pemimpin dan selaku pemimpin anda perlu menjalankan tugas dan menghargai undi yang diberikan mereka. Dengan kuasa yang ada, anda perlu mengambil tahu tentang mereka dan maklumkan pada kita. Jika mampu kita akan penuhi keperluan pelajar,” katanya pada Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya,POLIMAS baru-baru ini. Katanya lagi JPP harus menunjukkan tauladan dan kepimpinan yang baik kepada semua pelajar”.

Dalam majlis itu, seramai 30 anggota Exco yang diketuai Yang Dipertua JPP POLIMAS,  Muhammad Luqmanul Hakim Mohamad Yazid menerima watikah pentauliahan sebagai Exco MPP POLIMAS yang disampaikan oleh Rosli Idris.

Mantan Yang Di Pertua JPP POLIMAS, Muhammad Faris Aqil Mohd Nasir berkata, “Barisan Exco yang baru ini insyaallah akan memenuhi harapan pihak pengurusan dan juga janji manifesto kepada pelajar semasa pilihanraya kampus yang lalu akan ditunailkan  dan juga menjadi contoh kepada pelajar lain demi untuk meningkatkan imej POLIMAS dan menjaga kebajikan pelajar”.

Turut hadir bersama dalam majlis yang diadakan ialah Timbalan Pengarah Akademik, Dr Mhd Azmin Mat Seman , Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Hamizi Yahya  dan Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Muhamad Saiful Nizam Sa’ari.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti