
(Barisan Pensyarah Sijil Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Seberang Jaya, Za’im Bin Zailan, Muhammad Tarmizi Bin Ab Aziz dan Mohammad Zahir Bin Shaari bersama Medal serta Sijil di ICoMPex 2025.)
Seberang Jaya – Pasukan Inovator Kolej Komuniti Seberang Jaya telah meraih pingat Emas dalam Pertandingan International Innovation & Competation Through Exibition (ICoMPex) 2025 yang telah berlangsung Di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada 12 hingga 14 Ogos 2025.
Tiga orang pensyarah dari bidang Teknologi Elektrik berjaya membawa pulang medal bagi Inovasi yang dipertandingkan iaitu Smart Keyfinder di bawah kategori kelas E iaitu Electrik, Electronik & Telekomunikasi.
Pertandingan ICoMPex ini lebih mementingkatkan inovasi untuk memperbahurui dan memperkasa sumber manusia secara berterusan serta memaju kemajuan yang luar biasa.Pertandingan ini juga ialah satu platform yang memberikan peluang kepada pasukan – pasukan innovator yang merangkumi pelajar,pesyarah dan staf bagi mengetengahkan hasil inovasi mereka dunia luar.
Smart Keyfinderi ialah sebuah produk inovasi penyimpanan kunci yang dilengkapi dengan sensor dan menghantar maklumat secara tepat ke dalam sistem storage.Produk ini dibangunkan bagi mengatasi masalah peminjaman kunci tanpa rekod dan isu kelewatan pemulangan kunci.Penghasilan inovasi Smart Keyfinder ini dapat menjamin keselamatan kunci pada umumnya.
Inovasi-inovasi yang dihimpunkan oleh para innovater dari pelbagai agensi Kerajaan dan Swasta dapat mengwujudkan jaringan Kerjasama serta dapat mengumpulkan barisan pemikir dan pemimpin dari pelbagai bidang bagi membentuk masa depan yang lebih cerah.